apa itu autistik? - bahagian 1

12:01 PM Aina Mastura 0 Comments

Salam

Perkongsian dari pencarian internet untuk hari ini. semoga dapat membantu ibu bapa dan semua yang membaca. ^_^

Satu kumpulan pelajar yang menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran asas sosial ialah kanak-kanak autisme. Autisme merujuk kepada gangguan perkembangan pervasif (pervasif developmental disorder). Menurut American Psychiatric Association (1994), gangguan ini berkisar pada tiga perkara utama iaitu gangguan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku berulangan yang streotaip dan terhad. Menurut Trevarthen et al. (1998) hampir kesemua kes autisme menghadapi gangguan interaksi sosial, masalah kemahiran berkomunikasi dan aspek imaginasi.

Simptom dan tingkahlaku autisme boleh dibahagikan kepada kategori berikut:
i. Antisosial.
ii. Pergerakan fizikal berulangan.
iii. Kurang komunikasi lisan / ekolalia.
iv. Tidak bertentangan mata.
v. Kurang respons.
vi. Tidak mahu perbezaan dalam hidup seharian.
vii. Tidak mahu didakap.
viii. Perasaan sayang keterlaluan kepada objek.
ix. Permainan luar biasa.
x. Tidak mengenali bahaya.

Pada tahun 1943, Leo Kanner, seorang ahli psikiatris kanak-kanak di Hospital John Hopkins mula menghuraikan simptom autisme dan membezakannya daripada childhood schizophrenia. Beliau menyenaraikan perkara berikut sebagai ciri autisme yang penting: 
i. Ketidakbolehan berinteraksi dengan orang lain.
ii. Keinginan terlampau untuk persamaan dalam hidup seharian.
iii. Kekurangan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi.
iv. Kesukaan luarbiasa pada benda /objek.
v. Rupa fizikal normal.

Sekian untuk hari ini. Nanti saya jumpa lagi, saya kongsi kan di blog saya. 

0 comments: