eleanour dan taska

2:44 PM Aina Mastura 0 Comments

Assalamualaikum

Hampir sebulan eleanour duduk di bawah jagaan taska sementara saya dan suami keluar mencari rezeki. kami mengambil keputusan untuk meletakkan eleanour dibawah jagaan Puan Nurul dan rakan-rakannya, di Taska Bungaku. Taska ni dekat dengan office saya. Dalam sepuluh minit dah sampai. Jadi kalau taska perlukan apa2, senang untuk saya bergegas ke sana.

bercerita pasal anak kesayangan saya tu, Alhamdullillah, dengan berkat dan izinNya, Eleanour baik2 sahaja di taska. seperti yang saya selalu kata pada eleanour, "anak ibu baik2 duduk nursery, mudahkan cikgu jaga. dengan ibu tak apalah eleanour nak nakal2, asalkan eleanour duduk nursery baik sahaja"

Seperti yang cikgu2 Eleanour beritahu saya, Eleanour baby yang baik. tak susahkan cikgu. Cikgu2 sayang eleanour sangat. setiap kali nak hantar eleanour, saya rasa tenang. saya percaya eleanour dibawah jagaan yang baik.

saya tanya semua orang, siapa yang tak rasa susah hati nak lepaskan anak sendiri bawah jagaan orang. tapi kita sendiri kena tawakal. kena banyak berdoa. bukan berdoa anak kita sahaja selamat, tapi doakan orang yang jaga anak kita tu dipermudahkan urusannya jaga anak kita. kita selalu syak wasangka, tapi kita lupa yang mereka pun cari rezeki. mereka pun ada hati dan perasaan.

memang ada kes2 yang terjadi buatkan kita risau dan tak senang. kita tengok sampai nak nangis2. kita rasa mereka yang sanggup buat mcm tu kejam dan tak perikemanusiaan. tapi, dalam yang jahat2 tu, ada yang baik. bukannya ada 100 nursery dekat dunia ni, semuanya jahat. ada saja anak2 yang membesar dengan baik dibawah jagaan nursery. dan kita kena fikir juga, kita selalu risau hantar anak ke nursery, tapi kalau kita hantar kepada ibu bapa, kaum keluarga, saudara mara, atau kenalan sendiri, kita tak perlu risau ke? malang itu tidak berbau. mana2 pun boleh jadi. pada tangan sesiapa pun benda mcm tu boleh jadi. kalau ibu bapa kita sendiri yang jaga, kemudian anak kita tu tak dijaga elok, beranikah atau sanggupkah kita nak marah mereka???

saya bersuara bagi dua pihak di sini. satu, ibu bapa yang terpaksa hantar anak ke nursery atau jagaan orang lain. ibu bapa mana saja yang tak susah hati. ibu bapa mana yang tak berat hati. sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita sendiri nak periksa sendiri nursery itu okay atau tidak. kita sendiri kena survey. jangan malu tanya orang. jangan berat nak call pihak2 tertentu. jangan nanti pakai hantar, kita sendiri tak puas hati. dan kalau boleh biarlah hantar nursery yang berdaftar. apa2, kita boleh rujuk pada pihak tertentu. dan kalau ada yang kita rasa sesuatu tak kena pada anak kita, janganlah kita terus menuduh tanpa soal siasat. periksa dulu. kalau rasa anak sakit, cek dulu. dapatkan pengesahan doktor. kalau jadi apa2, kita fahamkan situasi dan keadaan dulu. kita kena sentiasa berdoa. jangan lupa, Allah itu Maha Adil dan penyayang. semua yang terjadi pasti ada hikmahNya.

suara kedua adalah di pihak ibu bapa yang pernah terkena. bagi saya ini memang salah pihak yang tidak bertanggungjawab. mereka2 yang mengambil keputusan untuk membuka perkhidmatan seperti ini, seharusnya tahu akibatnya jika kita tidak betul2 menjaganya. jika anda buat silap, yang lain akan tercela juga. kalau satu nursery buat hal, nursery lain pun jadi mangsa. walhal ada saja nursery yang buat kerja dengan baik. contoh, taska yang saya hantar anak saya. saya sendiri nampak anak saya elok saja keadaannya bila saya ambil dia. percayalah, sebagai ibu, kita tahu dan boleh rasa kalau anak kita tak happy. saya nasihatkan nursery2 yang ada di malaysia ni, tolonglah sentiasa bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan. menjaga anak orang ni pahalanya sangat besar. janganlah ambil mudah. bila ada yang amanah, janganlah kerana anda yang cuai ini, mereka pula yang dipersalahkan.

jadi, kesimpulannya, kita kena bekerjasama dalam hal ini. kalau ibu bapa percayakan nursery, nursery pun gunakan kepercayaan itu untuk rezeki anda. dan ibu bapa, kalau anda lihat nursery jagakan anak anda dengan baik, selalulah berterima kasih dan rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. kita sama2 perlu berdoa demi segala urusan dan rezeki kita dipermudahkan dan diberkatiNya.

kepada Cikgu Nurul, Cikgu Jannah, Cikgu Zee dan Cikgu Lynn, terima kasih ye jaga jantung hati saya dengan baik. Jasa baik anda hanya Allah yang mampu balas. kita sama2 berdoa semuanya baik2 sahaja.
Amin!!!

nah, senyuman khas dari eleanour untuk semua.



bye bye...~

0 comments: