tak suka minum susu?

2:48 PM Aina Mastura 0 Comments



Assalamualaikum

haaa...title entry ni sebenarnya tuju pada diri saya sendiri yang tak suka minum susu. dari kecil lagi, kalau disuruh minum susu, selalu saya rasa nak muntah. sayang sebenarnya sebab susu tulah antara khasiat yang paling bagus untuk badan kita.

nak kulit cantik? minum susu. nak badan sihat? minum susu. nak otak cergas? minum susu.
nak macam macam lagi? MINUM SUSU!

tak dinafikan khasiat susu ni bagus. terutama pada ibu yang mengandung atau ibu yang menyusukan anak. bila diri saya macam ni, saya perlu fikirkan inisiatif lain untuk mendapatkan kalsium yang lebih kurang sama dengan susu. pada golongan yg mcm saya ni (tak suka minum susu), kita tak boleh abaikan kenyataan yang badan kita perlukan kalsium, terutama jika kita hamil.

jadi semasa saya hamil, pada trimester awal, saya mengalami mabuk hamil yang teruk. saya cuba minum susu anmun yang dikatakan boleh mengurangkan rasa loya. tiap malam suami rajin bancuhkan susu untuk saya. saya pun memaksa diri minum. fikir, risau kalau asyik muntah, khasiat tak pergi pada bayi dalam kandungan.

tapi paksa punya paksa, memang susah juga. kalau saya minum segelas, segelas jugalah "keluar" balik. sayang bukan? saya tahu ramai yang faham dan mengalami situasi mabuk hamil ni. jadi saya tanya pada kakak ipar saya untuk dapatkan sumber kalsium yang mudah untuk saya ambil. jadi kakak ipar saya kenalkan OSTEMATRIX SHAKLEE.



fulamak. memang terbaeeek lah. saya mula amalkan masa bulan keempat hamil. bukannya susah pun. telan 4 biji sebelum tidur. memang saya rasakan perbezaannya. tidur malam lebih nyenyak. bayi dalam kandungan pun terima khasiatnya. Alhamdullilah, setiap kali pergi scan, doktor mesti kata bayi saya sihat dan membesar dengan baik.

jadi sekarang saya dah bersalin. anak saya pun dah nak masuk tiga bulan lagi dua minggu. tengok gamba budak ni.

semangat kan? hehe

ramai juga yang tegur anak saya ni baru dua bulan tapi badan dah kuat sangat.saya pun perasan, masa baru lahir pun, sedap je dukung cik eleanour saya ni. saya nak mandikan dia pun tak susah. tapi nak dukung memang kena tambah muscle dekat badan lah. hahaha...tulang kuat, lemak pun mantap budak ni. :D 
doktor kata, mesti saya rajin minum susu. padahal doktor tak tahu saya sebenarnya tak suka minum susu. Alhamdullilah, ostematrix shaklee banyak membantu. 

jadi pada kaum wanita di luar sana, terutama bakal ibu atau yang sudah menjadi ibu, saya nasihatkan minumlah susu kalau anda tiada sebarang alahan pada bau atau rasa susu itu. jangan malas. susu ini sumber yang baik. sayang jadi orang macam saya. tapi, mujur ada supplement yang boleh membantu. dan yang suka minum susu tu, anda pun boleh ambil ostematrix ni.  bayangkan, khasiat susu + khasiat ostematrix shaklee, = kesihatan 200% +++++

dengan izin Allah, kalau kita usaha, kalau kita ada niat yang baik, semuanya akan menjadi. 

Alhamdullillah

^_^

0 comments: