kembali bekerja selepas bersalin

10:07 AM Aina Mastura 1 Comments

Assalamualaikum

haaa...

lamanya tak mengemaskini blog ni. dah berhabuk sungguh ni.
banyak betul benda nak diceritakan, tapi apa pun tak dpt nak buat
bukan sbb sibuk kerja, bukan sbb sibuk dengan hal yg tidak penting,
tapi, sibuk dengan jantung hati saya. ^_^

pada 25 November 2013, saya selamat melahirkan (secara c-section) seorang bayi perempuan yang comel dan gedebuk bam bam. saya dan suami menamakannya Eleanour Albar binti Abdul Hadi. Permata baru dalam kehidupan saya. Malah tak terganti pun dengan permata kalau disuruh tukar. haha...

sebenarnya, pada tarikh itu juga adalah harijadi suami tercinta, incik Abdul Hadi bin Syed Abdul Hamid Albar. Memandangkan selepas doktor mengatakan saya ada risiko untuk bersalin normal, maka saya telah memilih tarikh harijadi suami saya untuk melahirkan Eleanour sebagai tanda hadiah harijadi untuk beliau.
hihi... mula mula fikir senang nak celebrate bday dua orang sekali gus. tapi bila difikirkan balik, mungkin akan lebih "mahal", kerana permintaan anak akan lebih tinggi dan abahnya akan berkongsi sekali. hhahahahaha

kemudian pada 16 disember 2013, saya dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama. Alhamdullilah, mahligai yang dibina masih segar dan terasa baru walaupun setahun berkahwin, dah tiga tahun bercinta. I love you sayang. terima kasih kerana menjadi suami yang baik dan memahami, selalu menolong semasa mengandung dan selepas bersalin.

haa..untuk pengetahun semua juga, saya berpantang sendiri. mula2 risau juga. risau tak berkemampuan dan tak boleh jaga bayi sendiri. tapi dengan bantuan suami yang menjadi confinement man saya, selamat sudah saya berpantang dengan jayanya. suami memasak dan membantu menjaga bayi semasa saya berpantang. sedar tak sedar, saya dah kembali bekerja.

Eleanour Albar pun membesar dengan baik. Alhamdullilah, Eleanour selalu memudahkan saya untuk memahami apa yang dia perlukan. suka menangis bila dengan ibunya, bila dengan abahnya suka meminta didukung. manja dengan ibu, suka bermain dengan abah. Eleanour sekarang duduk di nursery. Alhamdullilah, cikgu di nursery sayang Eleanour dan menjaganya dengan baik. Hati ibu mana yang tak sedih dan sayu terpaksa tinggalkan anak. Demi tuntutan mencari rezeki, terpaksa jugalah merelakan hati meminta tolong pihak nursery menjaganya.

Eleanour jaga diri ye sayang. bagi cikgu selalu sayang dengan Eleanour. Biar Eleanour membesar dengan baik. Ibu sentiasa rindu dan sayangkan Eleanour. Eleanour baik dengan ibu. tak pernah susahkan ibu. kalau ibu risau mcm mana pun, Eleanour selalu buat ibu yakin Eleanour seorang anak yang kuat. Hanya Tuhan yang mampu balas kebaikkan Eleanour pada ibu dan abah. I love you sayang.


1 comment: