bila mata berbicara

10:11 AM Aina Mastura 0 Comments

mereka kata mata itu menceritakan segalanya...
dari segenap pelusuk rasa yang ada
hanya pada mata segalanya terjawab
pada yang mampu
ambillah sejenak merenung dan menafsir erti mata ini 
yang cuba disampaikan
yang cuba dikhabarkan
mungkin ia letih melihat kesusahan orang lain
maka ia yang rela bersusah dan akhirnya susah...
barangkali ia penat memandang kebodohan orang lain
maka ia cuba juga menjadi pandai dan akhirnya mereka itu bodoh juga...
mungkin juga ia jemu mendengar petah bicara si murai itu
maka ia hanya mampu berdiam diri dan akhirnya murai itu tidak berhenti
barangkali juga ia mulai benci menatap sekalian manusia yang tiada akal
maka ia mahu lari dari semua ini
dan akhirnya mereka mencari
ia hilang entah kemana
jangan sampai ia lari
kerana tidak sanggup menanggung lagi
fikirkan lah bersusah itu akan ada senangnya nanti
tapi menyusahkan itu, hanya akan bertambah susah lagi..

0 comments: