berpantang sendiri

1:00 PM Aina Mastura 1 Comments

Assalamualaikum

sedar tak sedar, dah seminggu saya bekerja. warghhh...awal2 tu mcm sedikit kekok duduk balik tempat lama, tapi berjaya juga pelan pelan kayuh. seronoknya balik kerja, hari rabu sekolah mula, ramai betul yang tegur. dah perasan selebritti sekejap. :D

selain daripada mendapat angpau CNY yg banyak, (hehe), teguran yang paling syiok ialah mereka kata saya semakin cun melecun. (husss huss..hidung kembang)

satu ketika dulu, saya memang susah nak dapat berat lebih dari 42kg. selalunya orang akan tegur saya terlalu kurus. ramai suruh menambah isi sedikit. ingat tak nak tambah ke? akhirnya selepas bersalin, barulah saya berjaya mendapat berat yang best iaitu 44kg. 

ramai juga yang tegur, macam mana saya turunkan berat badan selepas bersalin. ada juga yang tanya, macam mana saya nampak sangat sihat walaupun bersalin secara cs. dan ada juga tanya, saya tak ada masalah kulit dan rambut ke selepas bersalin ni?

haaa..untuk pengetahuan semua, saya BERPANTANG SENDIRI. selepas dua hari di rumah ibu bapa saya, saya mengambil keputusan untuk berpantang sendiri di rumah saya. 

dari segi pemakanan, suami yang banyak menolong untuk menyediakan makanan. beliau yang  banyak memasak dan mencari resepi untuk orang berpantang yang sesuai untuk saya. Alhamdullilah, saya semasa berpantang dapat menjalani diet yang sihat. Kerana itu saya berjaya dapat menurunkan berat badan dengan cepat.

selain itu, duduk di rumah sendiri membuatkan saya berasa lebih selesa untuk membuat kerja2 rumah yang ringan. apabila saya rasa senang membuat kerja, badan saya tidak malas dan hanya mahu tidur. saya lebih kuat dan cepat sembuh luka pembedahan. Doktor yang memeriksa saya pun kata saya kuat. tapi dia pun ada cakap mungkin sebab saya ni biasa lasak sebab tu luka pun tak heran. haha...

selain itu, pengambilan supplement juga penting lepas bersalin ni. lagi2 mcm saya yang berpantang sendiri ni. mestilah kena jaga kesihatan lebih lagi sebab seorang di rumah nak menjaga bayi. kalau tak kuat, bukan ada orang lain boleh tolong waktu siang. suami bekerja, jadi saya perlu menjaga diri dan bayi seorang diri.

Alhamdullilah, berkat pengambilan supplement shaklee yang saya amalkan, ramai juga yang tegur saya macam bukan lepas bersalin. nampak sangat sihat dan kuat. saya sendiri rasa kuat. kembali bekerja pun macam terlupa kata baru lepas bersalin dua bulan lepas. memang tak dinafikan zaman sekarang mmg kita kena ambil juga supplement. kebersihan dari segi pemakanan dan persekitaran mmg dah tak meyakinkan. jadi, kita sendirilah yang kena usaha ambil supplement kalau nak kesihatan optimum! hehe

supplement yang saya ambil semasa berpantang:

*bagus untuk sembuhkan luka & elakkan rambut gugur

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.* (sumber dari http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_body.asp?prodcode=10417)
*bagus untuk elak demam dan selsema. baik juga untuk sembuhkan luka.

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.* (sumber dari http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_body.asp?prodcode=10104)

* bagus untuk tambah susu

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi (sumber dari http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_body.asp?prodcode=10159)

jadi sekarang selesai dah pantang, dan saya masih mengamalkan pengambilan supplement. tak rugi. bukan nya kita belanja untuk benda lain. untuk kesihatan diri juga. bila sihat, kita happy. bila happy, kita lebih bertenaga. bila bertenaga, macam2 kita boleh buat. ^_^

1 comment:

  1. Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/ketahui%20perihal%20bengkak%20susu

    Salam kenal dari saya =)

    ReplyDelete