menjadi ibu

1:22 PM Aina Mastura 0 Comments

Kini, setiap hari rasa indah,
mudah tersenyum, segalanya bahagia,
segala kesukaran bagai kesenangan,
segalanya rasa selamat,
tiada negatif, sentiasa optimis,
segala kesakitan jadi kegembiraan,
tiada rasa malu meluahkan perasaan,
sentiasa rasa cantik, tanpa peduli kritikan,
tiada kata-kata, mampu merendahkan,
teruskan hidup dengan cara sendiri,
tidak hiraukan kutukan maki,
semua kegilaan itu hanyalah keji,
yang indah hanya kehidupan ini,
di mana matahari sentiasa bersinar,
dan bulan sentiasa bercahaya,
itulah hari-hari yang dilalui,
menghitung hari,
menanti detik,
menjadi ibu.

^_^


0 comments: