susah sangat ke nak jadi pemandu berhemah???

6:50 PM Aina Mastura 0 Comments

saya menulis entry ini sebaik sahaja pulang dari kerja akibat terlalu geram dan kecewa dengan apa yang berlaku semasa persinggahan saya di Giant SEKSYEN 13 tadi. Saya yang sanggup meredah hujan demi mendapatkan dim sum yang saya idamkan begitu lama (saya mengandung, mengidam ni sepatutnya perkara biasa yang semua orang tahu), terpaksa berjalan sedikit kerana parking kereta yang kurang.

selepas mendapat apa yang dihajati, saya pun pulang berjalan ke kereta. dan semasa melintas di kawasan yang disediakan untuk pejalan kaki, saya perasan ada sebuah kereta putih, W** 995*, mungkin berjenama Mercedes, sedang parking di situ. akibat cermin beliau yang gelap, manalah saya tahu ada orang di dalam kereta itu. lagipun, itu tempat pejalan kaki, bukan tempat park kereta, jadi apa ada hal saya nak lintas di situ. Saya pun mengandung, bukan saya boleh jalan laju. Lagi satu, jalan pun licin akibat hujan, jadi, saya memang tak dapat berjalan dengan laju.

Nak dijadikan cerita sadisnya, sedang saya melintas, tiba2 sahaja kereta putih ini mengundur dengan laju tanpa rasa bersalah. Saya terus terjalan laju kedepan, dan berdiri kaku memandang kereta itu. Memikirkan apalah yang difikirkan pemandu itu. Sedikit terfikir pemandu atau sesiapa sahaja didalam kereta itu akan keluar, paling tidak membuka tingkap untuk meminta maaf. Saya cuba melihat sedalam yang boleh, tapi mmg tak nampak sebab cermin "tinted" kan. Saya terkedu lagi. Dengan perasaan kecewa dan buntu, saya beredar dari kawasan tersebut.

Sambil saya berjalan, saya fikir punya fikir. Tapi tak terfikir juga. Saya pun masuk dalam kereta, dan tanpa saya sedari saya menangis. Saya pegang perut saya memikirkan dalamnya ada anak yang saya bakal besarkan. kandungan yang saya jaga, saya pertahankan, mungkin boleh tercedera jika kereta tadi betul2 melanggar saya. Jadi, akhirnya saya tahu apa yang perlu saya fikir.

Saya fikir, susah sangat ke nak jadi pemandu berhemah???? Susah ke nak tengok belakang dulu, keadaan sekeliling dulu sebelum mengundur kereta? Tahu tak tindakan leka dan khayal ni boleh buat kita terlanggar orang atau paling sedih melanggar kaum keluarga sendiri?? kita pernah dengar cerita orang undur kereta terlanggar anak sendiri. kita pernah dengar orang bawa laju langgar orang sampai mati. tapi kenapa susah sangat orang nak pandu kenderaan dengan berhati2??? Mungkin belum jadi apa2, tapi kalau satu hari nanti tindakan kita meragut nyawa orang, lebih lagi orang tersayang, siapa yang kita nak salahkan? nak salahkan kemalangan tidak berbau?? bukan!! salahkan diri kita. kita yang berat sangat nak jadi pemandu berhemah.

orang kata saya paranoid bila orang lain yang pegang steering jadi pemandu. salah saya ke kalau saya semakin paranoid akibat kejadian macam ni? saya sudah tiga kali hampir dicederakan orang yang mengundur tak pandang belakang. saya beberapa kali melintas jalan dan melihat orang yang pandu kereta ke arah saya sedikir pun tidak memperlahakn kenderaan. dan saya sudah muak melihat orang yang bawa laju tanpa memikirkan nyawa orang lain.

Ye, saya akan jadi lebih paranoid. Itulah kesimpulannya pada entry kali ini. Saya janji di hati saya, saya tidak akan bahayakan nyawa saya mahupun orang tersayang di atas tangan orang yang tidak bertanggungjawab. kalau orang tanya saya, kenapa susah sangat nak percaya orang lain bawa kereta?? jawapan saya mudah. sebab saya sudah hampir dilanggar atas tangan pemandu lain. Saya dah lalui pelbagai cabaran dan dugaan nak pertahakan kandungan saya, kenapa atas kecuaian orang lain saya perlu hilang semua tu? Kenapa perlu saya percaya. Maaf. tidak lagi.

0 comments: