harga naik? tak apa, USAHA!

3:15 PM Aina Mastura 0 Comments

dedikasi khas kepada kes harga minyak naik:

APABILA GAJI : RM1000

harga minyak naik??
tak apa, syukur. kerja kuat. usaha.
rajin naikkan pendapatan bulanan.
jadilah gaji RM1500.
cukup cover duit harga minyak naik.

APABILA GAJI : RM1500

harga rumah naik??
tak apa, tak apa lagi. kerja kuat lagi. usaha.
kena rajin lagi tambahkan pendapatan.
gaji dah RM3000.
Alhamdullillah, boleh beli rumah.

APABILA GAJI : RM3000

harga barang, harga pendidikan anak2, harga makanan, harga keperluan, elektrik, air,
semua pun naik.
eh, tak apa, tak apa. USAHA LAGI. kalau tak usaha macam mana nak pendapatn tinggi.
kita tak nak susah, kita kena USAHA!
sehinggalah pendapatan jadi RM5000

APABILA GAJI : RM5000
harga minyak naik lagi, cukai naik lagi, cukai rumah, cukai tanah,
semua jenis interest naik lagi.
TAK APA! USAHA!


tapi, kalau semua pun nak disuruh berusaha untuk jadi senang,
untuk nak elak dari merungut, untuk elak dari hidup susah,
sehingga sampai satu tahap semua orang pun dah kaya, dah mampu,
tapi kenapa semua pun nak naik harga, naik bayaran???

senang cerita, kenapa rakyat disuruh makin kaya, bila rakyat makin kaya, tapi negara tak kaya2???

ada jaminan kita makin kaya, semua barang takkan naik lagi harga ke???

entahlah...

USAHA~

0 comments: