agungkanlah Dia

1:57 PM Aina Mastura 0 Comments

agungkanlah Dia,
kerana Dia membawamu,
menyentuh bumi,
mendakap angin

agungkanlah Dia,
kerana Dia mewujudkanmu,
bersama hati dan perasaan,
bersama akal dan fikiran 

agungkanlah Dia,
kerana Dia cintamu,
dari segala sudut,
dari semua penjuru

agungkanlah Dia,
kerana Dia penciptamu,
yang memberi andai mentaati,
yang menunaikan segala janji

maka agungkanlah Dia,
percayalah Dia dengan imanmu,
percayalah Dia dengan jiwamu,
percayalah Dia yang SATU

0 comments: