susah hidup

1:22 PM Aina Mastura 1 Comments


seorang anak kecil,
tapi tidak sekecil umurnya,
sudah mencecah usia yang seharusnya,
mampu berdiri sendiri,
mampu belajar sendiri

tapi anak kecil ini,
bagaikan tidak menahu,
apa yang perlu,
apa yang dilaku,
semua kena ditunjuk, dipandu

rupanya,
bukan sendiri manja,
bukan sendiri mengada,
tapi ibunya yang tidak mengajar,
semua disediakan, semua dipersiapkan,
akhirnya, anak kecil itu,
tidak mengerti apa itu berdikari.

ini nasihat,
bukan tuju untuk semua sahaja,
tapi untuk diri sendiri juga,
manjakan anak itu boleh,
tanda sayang, tanda kasih,

tapi kalau manja sehingga dia buta,
tak nampak apa yang patut,
tak kenal apa benar, apa salah,
takut takut,
bila tiba masanya,
dia tidak mengerti,
apa itu susah.

1 comment:

  1. betul tu....tapi kadang2 tak sampai hati nak marah...tapi tu la kalau tak marah nanti dia xbelajar pula mana slh mana betulkan..redha jela..

    ReplyDelete