Ramadhan bersama suami dan dak kecik ^_^

12:10 PM Aina Mastura 6 Comments

Haaa...lama juga tak update blog. Dekat sebulan rupanya tak bersentuh bercuci blog ni. Dah berhabuk pun. haha... fuh fuh fuh

Apa update terbaru? Sekarang saya sudah masuk lima bulan pregnant. Alhamdullillah, my baby sangat sihat dan membesar seperti abahnya. :p Mungkin ibunya saja yang kena usaha bagi badan kuat lagi untuk lebih sihat. Baru nak recover daripada "sickness", slowly dah tak ada muntah2, but loya is still there. Memang banyak makanan masih lagi saya tak boleh makan. Even boleh  makan pun, saya akan rasa pahit selepas tu. Tapi tak apa, untuk baby jugakkan. ^_^

Paling kesian pada hubby lah yang dah lama tak makan masakan isterinya. Dah masuk lima bulan ni, saya masih tak boleh masuk dapur lagi, tak boleh bau peti ais, and pantang bau minyak atau kuali yang panas. Kalau masak maggie pun, kena tutup hidung serapatnya. haha...

Jadi pada bulan puasa ni memang kami banyak makan di rumah abah dan mama saya. Berbuka bersama keluarga hampir setiap hari. Mula2 hubby segan juga. Tapi hubby rasa happy sebab dapat main dengan anak2 sedara. Lebih lagi my sister baby, Yasmin yang baru lahir tu. Hubby tengah geram tgk baby sebab tak sabar nak tunggu baby dia sendiri datang akhir tahun ni. hehe...sabar ye sayang. Nanti budak kecik ni dah ada, main dengan dia selalu k. ^_^

Ramadhan ni juga memberi peluang saya untuk mengajar anak saya berpuasa. yeay, anak ibu kena belajar puasa dari dalam perut lagi k. nanti keluar jadi baby yang kuat. Alhamdullillah, saya diberi bantuan dariNya untuk berpuasa dengan baik tanpa sebarang masalah. Keadaan saya bertambah kuat apabila berpuasa. Baby saya pun macam faham je ibu dia puasa. Tapi ada juga hari yang saya tak dapat puasa, akibat masalah kesihatan. Dan bila saya tak puasa, pandai pula dia bergolek2 dalam minta makanan. Masa ibu puasa, dia baik je kat dalam. -_-"

Sekarang baby suka kacau ibu tidur. Malam2 ibu terjaga sebab dia joget2 kat dalam perut. Aktif betul dia tengah malam. Macam abah dia juga, suka tidur lambat. hehe...

Apa pun, ibu nak baby sihat je k? I love you baby~

Selamat berpuasa bersama Abah dgn Ibu. 

6 comments:

  1. nantikan dak kecik tu dah 7m, laaagi katif. kna tido ikut side dia. awak letak bantal kat kiri kanan badan ok. so, dak kecik selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke. habislah amoi. hehe..tq ye mommy~ boleh pakai ni petua.

      Delete
  2. Replies
    1. Thank you. Selamat berpuasa juga. ^_^

      Delete
  3. selamat menyambut ramadhan :) selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. Salam, dah follow kamu, follow me back yee :)

    http://gigiberdarah.blogspot.com

    ReplyDelete