pengalaman hamil : pedih ulu hati

1:46 PM Aina Mastura 0 Comments

Sekadar berkongsi petua yang saya baca dari satu artikel hasil tulisan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar. Artikel ini ditulis pada tahun 2008 dan disiarkan di Utusan.

Oleh sebab saya mengalami sedikit masalah pedih semasa hamil, saya cuba mengamalkan apa yang diberitahu dalam artikel ini bagi mengelakkan rasa pedih tersebut.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.

Ibu sejahtera, bayi sihat.

Ibu-ibu hamil perlu menjaga kesihatan diri dan lebih proaktif dalam memahami perkara yang berkaitan dengan kehamilan mereka.

“Jaga pengambilan nutrien anda, pengambilan vitamin dan suplemen ketika hamil amat penting iaitu asid folik, multivitamin dan kalsium.


Semoga berguna untuk semua. ^_^

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz2W4XrVE00
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments: