kami ^_^

2:16 PM Aina Mastura 0 Comments




mulanya tak tahu bila,
dari mana mahu dicerita,
awal niat hanya mahu mengenali,
akhirnya terpaut hati,

Mulanya dengan menjadi salah satu,
risau takut, andai ini sementara,
tapi akhirnya dia menyedari,
bahawa akulah pilihan.

kemudian detik penantian bermula,
kami berjauh, kurang berhubung,
bergantung pada apa sahaja yang ada,
untuk mendengar suara, bertanya khabar.

usaha membawa kami bersama,
berjaya mendapat kerja,
mencari rezeki untuk permulaan,
menjalani kehidupan berkeluarga,

akhirnya masanya tiba,
kami bersama sekali lagi,
tapi sebagai suami isteri,
atas setia dan janji.

terima kasih sayang
*untuk suamiku Hadi
<3

0 comments: