PENGALAMAN MABUK HAMIL

2:58 PM Aina Mastura 2 Comments

Assalamualaikum

hari ini saya nak kongsi lagi pengalaman awal hamil saya.
entry kali ini saya nak cerita tentang kesan2 daripada pregnancy.
masa awal dapat tahu, saya sangat yakin yang saya tak mungkin akan dapat sebarang mabuk atau pening2 kepala seperti yang dialami oleh orang lain. sebab saya dapat tahu saya pregnant pun masa saya sudah empat minggu. jadi saya ingat awal2 pun tak ada apa, jadi minggu seterusnya mungkin sama.

akibat terlalu over confident, haha...masuk saja minggu kelima, mabuk pun mula menjelma.
bangun pagi saja rasa nak muntah. mulut mula rasa pahit. telan air liur sendiri pun rasa nak muntah. tengok makanan apa pun tak boleh. terutama nasi, ayam dan daging. pantang nampak, mulalah nak bluwek bluwek. kalau ada yang tak berapa berkenan, masuk je dalam perut, terus keluar balik.

malam pula rasa nak tidur saja. elok lepas isyak, mesti rasa nak tidur sangat. rasa tak larat. kalau lambat skit tidur, badan mula rasa panas macam nak demam. bila badan panas, baring pun jadi tak larat. kepala jadi berat. angin asyik singgah dekat dada and tekak. nak muntah tak nak muntah rasa. bila jadi macam tu, mulalah nak menangis.

masak pun dah tak boleh sebab tak tahan bau minyak dan goreng2 ni. sekarang ni asyik nak sup saja. sup pun memilih gak. nak sup yang pedas, yang ada manis sikit. entahlah, apa tah mulut ni suka pun sebenarnya tak tahu. hahaa... cuma benda yang buat saya rasa lega kadang2 ialah saya fikir migrain tak pernah datang lagi. walaupun  muntah muak mual semua ada, migrain yang tak menyinggah. kalau singgah sekali, mahu sebulan cuti ni. haha

lepas tu, bila pergi kerja, hati rasa nak marah je. rasa nak marah semua orang. ikutkan malas nak layan sesiapa. nak diam je. malas nak cakap dengan orang. lagi2 kalau orang tanya soalan yang sedikit annoying. adoyai...badan kita dah lah lembik je rasa. bila duduk buat kerja, rasa macam dalam badan angin terbang2 kiri kanan, atas bawah. tiba2 je nanti rasa nak muntah.

jadi, apa yang saya buat untuk melegakan diri sendiri? ^_^

saya pegang perut, usap2 perut saya, pejam mata, fikir dalam tu ada baby. ada anak saya dengan suami saya. hihi..nanti mulalah senyum gelak sorang2. bersyukur apa yang membuatkan saya lalui semua ini ialah rezeki anak yang Tuhan kurniakan. bukan semua rasai pengalaman mcm ni. barulah saya faham pengorbanan ibu even sebelum melahirkan kita. bertuahnya saya merasai pengalaman ni. Alhamdullillah

^_^

2 comments:

  1. Amoi pun sama ye alah tgk nasi aym ngan dgg..ina xleh tgk lgsung amoi..loya tekak terus. Amoi kuat jugak ye g keje..ina smpai mc 2 mggu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe. walaupun morning sickness dah kurang, tapi mulut still pahit je kalau makan. sekarang ayam still rasa pahit. amoi tak mc direct. tapi dekat seminggu sekali gak mc. haha

      good luck ye ina~

      Delete