your money???

8:43 AM Aina Mastura 6 Comments



al kisah,

berlakunya di tempat kerja aku yang comel ini,
sedang aku berbual bual comel mengenai malam bertuah (lucky draw),
datanglah makhluk makhluk comel yang mendatangkan diri,
serba sedikit mereka bertanya kembali apa yang dibualkan,
akhirnya membuat kesimpulan atas kegembiraan aku itu,
dengan berkata, "oh its from our money."

your money?

emmmm....

situasi pertama:
kalau kita pergi salon rambut, kita nak potong rambut kita kena bayar ke atau orang salon tu boleh potong rambut kita secara percuma? kebanyakkannya mesti kena bayarkan. paling murah sekarang pun RM15. setelah kita bayar RM15, dia pun potonglah rambut kita ikut kemahuan kita. jadi, kesimpulannya, kita bayar, dia beri servis. boleh ke kita dah pakai kudrat tenaga dia potong rambut kita tu, kita kata RM15 yang kita bayar dekat dia tu duit kita?

situasi kedua:
kita teringin nak makan burger. kita pun pergilah ke satu restoran yang menjual burger. kita order burger. abang jual burger kata,  RM2.50 je dik. kita pun bayar. dia pun masaklah burger menggunakan bahan2 yang dia beli sendiri, gunakan kepakaran masak dia, gunakan tenaga dia, gunakan masa dia untuk masak burger tu utk kita. kita pun makan burger tu. boleh kita kata balik RM2.50 yg kita bagi dekat dia tu duit kita setelah kita "burpppppppppppppp....Alhamdullillah" akibat kekenyangan makan burger itu?

SITUASI KETIGA!
kita pergi pusat tusyen. kita minta cikgu tu ajar kita. cikgu tu pun menyatakan harga servis pengajarannya itu.
"Awak bayar cikgu RM200 sebulan, cikgu ajar awak". Kita pun kata, OKAY! kita bayar. lepas tu kita belajar dengan dia. sama ada hasilnya kita pandai tak pandai, bergantung pada keadaan. kalau kita belajar betul2, insyaAllah kita dapatlah hasilnya. kalau kita main, kau bayar SATU JUTA pun belum tentu hasilnya nampak. tapi, boleh ke lepas tu kita claim balik duit kita yang RM200 tu kata tu duit kita?

Adik adik! dengar sini akak nak cakap. akak ni taklah semewah adik2 yang boleh mengaku atau cakap ayat macam awak, "its from our money". akak kerja keras untuk dapat gaji. bila awak cakap macam tu, akak rasa macam awak rasa akak tak deserve company bayar salary akak.

adik, kalau awak rasa bayaran kepada servis yang kami bagi tu tak menepati kehendak awak, tolonglah suarakan. kalau cikgu tak mengajar cakap, kalau makanan tak sedap cakap, kalau kelas tak cantik, cakap!

cakap kata. "saya bayar banyak2 ni, mana hasilnya?" bukan simply cakap dekat orang yang kerja sungguh2 untuk dapatkan duit nak makan, nak hidup. adik, akak tak kaya macam awak. akak bersusah nak dapat duit, tak pernah senang lagi nak hantar anak pergi sekolah mewah2.

adik, satu hari nanti, kalau awak dah mula bersusah payah untuk dapatkan wang saraan sendiri, datang jumpa akak dan ceritakanlah perasaannya.

adik, tolonglah jangan kecewakan imej belia sekarang dengan pemikiran seperti ini.


Read between the lines
What's f***** up and everything's alright
Check my vital signs
To know I'm still alive and I walk alone
GreenDay - Boulevard of Broken Dreams



6 comments:

  1. nice nice nice.....
    oh...green blog,,like a lot...
    done folow u

    jom --->> http://iss-life.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. saya nampak hijau , sah memang hijau . suka jgk . Pic ats sekali sweet . let's blogging n enjoy ur writter

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...hidup kena hijau. baru best. :D

      thank you.

      Delete
  3. hehe, . dah bagi tu,jangan la nak ungkit2 lagi punca mana dapat hadiah tu kan.. hehe.. nice entry sis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak apa. ideologi yang sgt tak pekdah. haha

      thank you cikgu azryn! ^_^

      Delete