mimpi ngeri

9:38 AM Aina Mastura 0 Comments

Jam lima pagi, terbangun.
Mimpi ngeri pula tiba-tiba.
akibatnya, terus migrain
dah migrain, pergi kerja, lapaq tak hengat
mengamuk cari makanan
dah dapat makanan,update blog.
ha bila nak buat koje nye???

;p

jadi, salahkan mimpi ngeri!
HA HA HA HA

macam mana kita nak elak mimpi ngeri?
di sini saya nak kongsi sedikit maklumat dari hasil pencarian alam maya ni.


Mimpi sering berlaku ketika kita nyenyak tidur. Dalam Islam, mimpi terbahagi kepada tiga jenis, iaitu mimpi benar pada nabi, seperti mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya adalah wahyu Allah, mimpi daripada syaitan dan mimpi mainan tidur.
Rasulullah mengajar kita supaya berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, membaca ayat Tiga Qul dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serah diri kepada Allah.
Selepas itu baru membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Kemudian, tidur dalam keadaan suci, berwuduk dan tidak dalam keadaan junub.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan (tidur). Banyak kaedah yang merangkumi zikir dan kaifiat tertentu yang diajar Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur.
sumber dari http://melayukini.net/2012/04/masalah-sering-mengalami-mimpi-buruk/


Panduan tidur mengikut sunnah nabi

Cara tidur yang terbaik ialah tidur mengikut sunnah nabi. Tidur mengikut sunnah akan meyebabkan tidur kita lebih berkualiti dan boleh mengelakkan dari mendapat mimpi ngeri serta tidur kita akan mendapat rahmat dari Allah SWT. Cara tidur mengikut sunnah adalah seperti berikut.

1. Ambil wuduk sebelum tidur dan solat sunat taubat sebanyak 2 rakaat.

2. Baca doa sebelum dan sesudah tidur. Ramai yang tidak menghiraukan doa harian ini, tetapi hakikatnya Allah menjanjikan rahmat dan syurga bagi orang yang mengamalkannya.

Bukhari, Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Darimi meriwayatkan daripada Abu Huzaifah r.a bahawa beliau berkata " Nabi SAW apabila naik ke tempat tidurnya pada waktu malam, baginda meletakkan tangan baginda di bawah pipi baginda kemudian membaca (yang maksudnya) : Dengan namaMU ya Allah, aku mati dan hidup; dan apabila bangun, baginda membaca (yang maksudnya) : segala pujina bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepadanya kami kembali"


3. Jangan tidur dengan kaki menghadap kiblat. Ini adalah keduduan tidur orang yang meninggal dunia.

4. Membaca zikir yang diamalkan oleh anankanda nabi iaitu dinamakan Tasbih Siti Fatimah. Amalan zikirnya ialah : Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allhuakbar 34 kali.

5. Membaca surah Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3x dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

6. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga malam itu, Allah tetap mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik amalan yang menjadi pelindung daripada sihir dan buatan orang.

7. Memaafkan semua kesalahan orang lain terhadap kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur.

8. Tidur cara Rasulullah ialah dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

sumber dari http://www.melurhasanah.com/2011/04/panduan-tidur-mengikut-sunnah-nabi.html


sekian terima kasih. ^_^

Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah...)
Guide us every single day... 
(Allah...)
Keep us close to You
Until the end of time... 
Maher Zain - Open Your Eyes

0 comments: