kenapa agaknya ye...

9:25 AM Aina Mastura 0 Comments

kenapa orang sekarang suka upload gambar comel2 lepas tu kata "saya tidak sempurna"?

kenapa sekarang orang suka percaya berita dari sms dan internet daripada menerima sms dan panggilan dari ibu bapa sendiri?

kenapa orang bila tunggu lif, suka sandar dekat dinding sambil letak tangan dekat belakang pinggang?

kenapa ye orang yang gaji sikit, tapi suka berlagak macam duit banyak beli barang barang mahal?\

kenapa pemandu suka bawa laju bila tengok orang bagi signal nak masuk lane dia?

kenapa bila dah tahu sesuatu benda tu tak elok, kita still nak cover line bagi statement guna nama Tuhan dan Nabi nak  buat juga benda tu?

kenapa manusia suka bersikap "tak nak ngaku silap sendiri?"

kenapa ye aku tiba-tiba update entry ni?

cuba teka

kenapa agaknya ye...


maafkan mereka, mereka tidak tahu 
mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
mereka tidak fasih malah fasik guna kata
kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Malique feat Jamal Abdillah - Aku Maafkan Kamu

0 comments: