hidup si gila tari

11:30 PM Aina Mastura 0 Comments

langkahnya tidak pernah berhenti
pergerakkannya sentiasa mempunyai rentak tersendiri...
tahu bagaimana mahu sesuaikan setiap gaya dan cara
yang perlahan bijak dilembutkan, yang laju bisa ditangkaskan
itulah dia si penari bebas
yang menghayati tarian sebagai kehidupannya
taksub mendengar bunyi
yang membawa kepelbagaian maksud,
lagu, melodi, muzik, karya..
ahhh...semuanya mampu membuatkan kakinya dihentak berkali-kali,
kepalanya digoyangkan, tangannya dialunkan,
bagaikan segala deria tercipta untuk itu.
asyiknya mendengar segala jenis bunyi itu
sehingga tiada perlu mengambil tahu apa yang berlaku disekelilingnya.
biar pun mata tertutup,
segalanya boleh dilihat melalui mata hati
yang mengidamkan dunia fantasi dan impian yang tercipta dengan sendirinya.
tanpa perlu juga bersuara,
kerana yang bersuara hanyalah tangan, kaki, pinggang, bahu, kepala,...
bisu bukan satu masalah baginya. biar yang lain bersuara, biar aku yang menari katanya.
bau apa tah lagi tiada penting baginya. aku bergerak, bukan menghidu. aku bergerak, bukan bersentuh.
satu hari...sedarlah dia yang satu deria yang membantu untuk dia teruskan kehidupan makin hilang,
makin pudar, makin lesap.
segala bunyi itu tidak mampu didengar lagi.
telinga yang membantu dia menggerakkan segalanya telah mulai lemah dan tidak mampu berfungsi lagi.
aduh! apa yang harus aku lakukan???
dia mulai tidak tentu arah.
mencari cari di mana lagu itu.
di mana melodi yang mengalunkannya.
 satu hari...sedarlah dia...makna menghargai apa yang telah diperolehi...~

*tribute to Mastikus Chocolate Cafe

"Got no reason, got no shame, got no family i can blame, Just dont let me dissapear, I will tell you everything"
One Republic - Secrets

0 comments: