cover line itu comel...

9:15 AM Aina Mastura 2 Comments

Salam...

pernah dengar terma cover line?

setahu saya, ayat ini biasa digunakan masa zaman sekolah.

antara situasi yang biasa digunakan ialah:

1) main game atau baca komik dalam kelas, bila cikgu nampak, berpura2 baca buku kimia.

2) tengah makan dekat kantin, lepas tu makan tertumpah, berpura salahkan org sebelah tolak. (paling kelakar, salahkan sudu licin)

3) boyfriend tengah usha pompuan lain, awek nampak, terus kutuk kata pompuan tu cam gedik, tu yg tertengok tu. (hek eleh, ni ayat cover line paling macho habis)

4) anak sedap tengok video "biru", mak atau abah datang, terus buka video tutor biologi. ;p

5) anak tak solat, bila ditanya, sanggup basahkan telinga, muka, n tangan, nak nampak mcm baru lepas solat depan keluarga. (kan senang solat aje, buat apa susah payah?)

masa zaman sekolah, memang lucu tengok telatah bebudak ni cover line. saya sendiri pun pernah menghadapi situasi cover line. bila fikir balik, memang kelakarlah. gelak gelak...ha ha ha..

tapi bila dah besar, tengok orang dewasa yang cover line, telatah cover line ini bukan saja comel, malah disertakan sekali dengan perasaan nak pukul2 dan tendang lelaju.

kita dah dewasa, dah cukup matang (sepatutnya), untuk tidak mengamalkan sikap cover line. belajarlah untuk bersikap jujur dan lebih berdisiplin dalam kehidupan.

tak susah pun nak jadi orang yang baik. betul tak susah. tapi ramai yang kata jadi tak berwibawa ni lagi mudah. buat je salah. tapi nak senang nampak baik ke, nak senang orang nampak kita tak baik?

kita cover line ingat kita dah selamat dari buat salah. tapi ingatlah, tak ada siapa yang selamat. coverline dengan manusia bolehlah lagi. coverline dengan tuhan, mana nak cabut?

sekian, terima kasih.


"Mungkin Tuhan mulai bosan, Melihat tingkah kita, Yang selalu salah dan bangga, dengan dosa-dosa"
Ebiet G. Ade - Berita Kepada Kawan 



2 comments:

  1. Cover line tak gosok gigi, makan chewing gum..

    ReplyDelete
  2. ngahaha...tau takpe. cover line korek hidung, buat2 selsema. hahaha

    ReplyDelete